27/12/2009

Kisah seorang sister semasa di Turkey

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Tiba-tiba rasa rindu pula pada Turkey. Memandangkan ramai diantara sisters Russia yang ingin ber-jaulah ke Turkey winter ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya di Turkey pada tahun lepas. InsyaAllah.


Saya masih ingat lagi pada suatu ketika dahulu semasa berada di Turkey, semasa menaikki cruise.

"Ok today is the last  cemetery for the students."
Semua orang ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata tourist-guide kami.

"Opps! Sorry , the last semester."
Ya Allah! Memang terpegun betul saya apabila melihat bangunan sekolah menengah itu, Nampak sungguh seperti untuk golongan elite. No doubt! Dari sudut pemakaian mereka lagi sudah menggambarkan ke-elite-tan mereka. Lebih-lebih lagi dengan kedudukannya di tepi laut yang pada masa itu kelihatan sungguh cantik. Subhanallah! 


Walaubagaimanapun perasaan terpegun itu lama-kelamaan bertukar menjadi marah apabila melihat sepanduk Mustapha Kamal Attartuk(MKA) yang sungguh gah dan besar, sehingga menyelimuti bangunan sekolah itu dari atas hinggalah ke bawah. Tiba-tiba teringat pula bait-bait puisi yang ditulis oleh seorang kanak-kanak Turkey yang amat mengagung-agungkan MKA beberapa tahun dahulu. Tergamam seketika dengan laungannya. 

Kaulah Tuhan kami..Kaulah… Kaulah.
Its really against our Aqeedah!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang

1.      Katakanlah , Aku berlindung kepada Tuhan manusia,

2.      Raja manusia,

3.      sembahan manusia

4.      dari kejahatan(bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi

5.       yang membisikakn ke dalam dada manusia

6.      dari jin dan manusia

 (An Nas:1-6)

Apabila pemerintah yang zalim mula berkuasa, apabila Rasullah saw bukan lagi menjadi qudwah hasanah, apabila Al-Quran hanya dijadikan hiasan, atau sebagai teman untuk menghalau hantu di waktu tidur, apabila Islam bukan lagi cara hidup. Beginilah jadinya. Manusia mula kabur-kabur  tentang Rabb mereka, yang patut diIllahkan. Sangatlah bertentangan, sehinggakan seseorang askar terpaksa mengaku MKA adalah tuhannya, takut-takut mati ditembak.


 Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.


1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.


2. Allah itu selama-lamanya Tumpuan seluruh makhluk.


3. Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan.


4. Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.


(al Ikhlas:1- 4)



Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.


1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan


2. Dari kejahatan sebarang makhluk yang telah diciptakan-Nya


3. Dan dari kejahatan malam apabila (gelap-gelitanya) meresap.


4. Dan dari kejahatan tukang-tukang sihir yang menghembus pada tali-tali yang

    disimpul.


5. Dan dari kejahatan pendengki apabila ia berdengki

 

(An Nas:1-5)


"Kak Shima , orang Turkey ni tak tahu ke kisah pasal MKA? tak tahuke die pemerintah zalim?hmm...pelik betul."
Hairan saya melihat gambar thagut ni digantung di merata-rata tempat.


"Sshh, kat sini jangan cakap sembarangan pasal dia, tak pasal-pasal kene tangkap, silap silap parents pun bley kene  tangkap kalau ajar anak yg bukan bukan pasal MKA" 


Dahi saya mula berkerut. Nasib baik tak tercekik sebab tengah makan. Sampai begitu sekali MKA diagungkan. Sampai begitu sekali takutnya mereka dengan thagut ini. 


"Huh! Nasib baik mereka tak faham bahasa Melayu."
" Bukankah Islam is rising in Turkey? Bukan ke kerajaan mereka ini terdiri daripada orang yang mahukan Islam? Macam mana parti politik pun sudah bertukar tangan?" 
"Memang betul, tapi kat sini yg paling berkuasa  regim tentera.bukan kerajaan." Jawab Kak Shima

Kak Shimah  sebenarnya sudah hampir 10 tahun menetap di Istanbul kerana berkahwin dengan orang Turkish. Jawapan Kak Shimah memang membuatkan  saya banyak berfikir, betapa cantiknya bandar Istanbul  ini, betapa indahnya ia. Azan saling sambut-menyambut, memang a perfect combination. Habistu tak cukup lagi ke tanda-tanda kebesaran Allah SWT? Mengapa yang batil itu lebih disukai dari yang haq


Bertapa hebatnya pengaruh MKA sehingga dakyahnya kekal hingga ke beberapa generasi hingga ke hari ini. Setiap kali ulang tahun kematian MKA, trafic akan berhenti seketika sebagai tanda penghormatan. Nauzubillah!!.Azab Allah SWT itu amat keras sehingga orang yang menjadi pengikut dan pendokong kebatilan juga tidak terkecuali seperti isteri Abu Lahab di dalam surah Al Masad,
 

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1)      Binasalah kedua tanggan Abu Lahab dan benar-benar binasalah dia

2)      Tidak berguna baginya harta dan apa yang diusahakan

3)      Kelak dia kan masuk kedalam api yg mengelojak

4)      Dan begitu pula isterinya pembawa kayu bakar(penyebar fitnah)

5)      Di lehernya ada tali sabut yang dipintal

(al Masad:1-5)


Memang betul sistem pendidikan amat mempengaruhi pemikiran sesebuah masyarakat. Saya amat tertarik dengan kisah Sultan Abdul Hamid II ; The Last Caliph. Bagaimana beliau bersusah payah untuk  mempertahankan kedudukannya sebagai seorang khalifah. Dirasakan seolah-olah tiada sesiapa pun yg  mahu membantu beliau untuk mempertahankan agama ini. Akhirnya beliau meninggal dunia ketika berada dalam kurungan musuh-musuh Allah swt. 


Setiap kali kalau terjumpa kedai buku, saya akan masuk untuk mencari buku yang berjudul, "MY FATHER IS SULTAN ABDUL HAMID," yang ditulis oleh anak perempuannya, Aisyah. Tetapi setiap kali saya akan kecewa. Semuanya dalam bahasa Turkey. Sedang sibuk mencari-cari buku, entah macam mana kaki saye boleh termasuk kedalam sebuah bilik stor buku. 


Saya terfikir seketika. Patutpun orang Turkey sangat mengIllahkan MKA! Buku-buku teks yang setebal buku text sejarah Malaysia yang terdiri daripada  beberapa volume, semuanye berkisah tentang MKA. Rupa-rupanya, mereka juga ditipu seperti kita. Ditipu dengan buku text KBSM Sejarah itu. Huh! mereka juga adalah MANGSA KEADAAN. Semasa berada di dalam train , saya cuba membuka Al-Quran, tiba-tiba perasaan takut menyelinap. Nauzubillah! Teringat kata-kata Kak Shima.


"Kalau baca Quran di tempat awam, boleh jadi juga kena tangkap."
Aduhai Asyik- asyik kena tangkap. But wait. Im a tourist, so what? Tetapi still perasaan takut untuk membuka Al-Quran itu ada dalam diri ini. Tiba- tiba perasaan asing mula muncul. Saya termenung seketika sementara menunggu station seterusnya.Terasa menjadi ghuraba sebentar. Subhanallah! Saya tidak keseorangan, rupa-rupanya pakcik di depan saya sedang memegang  tasbih sambil mulutnya terkumat kamit. Rasa bahagia dan lega. Dia yakin dalam melaksanakan perintahNYA. Mungkin ini sesuatu yang biasa di UK atau Russia tetapi tidak di Turkey.

Untuk mu agamamu, dan untuku agamaku.

(Al Kafirun:6)


Sedang asyik mendengar berita ekonomi Turkey yang semakin pesat. Tiba-tiba saya disapa oleh seoarang pakcik Turkey?


"How many percentage youth in Malaysia?"


Hmm... Speechless. Memang tak tahu.

"Well in Turkey more than 60% are youth between 18th and 25th  years. The percentage is almost same as the whole Greece population". 


Wow! Saya tersentak sambil mengangkat 6 batang jari. Memang tidak dapat disangka dimana saya berada. Remajanya  sangat ramai, kecuali di masjid. Teringat kata–kata Saidina Umar Al-Khattab Radiaallahanhu

"Remaja melambangkan masa depan sesebuah negara."

Terkilan dan sedih betapa tenaga muda yang begitu ramai disia-siakan! Sedih melihat pemuda-pemuda disogokkan dengan kehidupan dunia! Kecewa apabila minuman yg menghiasi meja restoran mereka adalah gelas-gelas arak! Kecewa apabila melihat seorang datuk minum di hadapan cucunya secara terang-terangan! Kecewa apabila melihat Masjid Biru yang gah dan besar itu hanya dipenuhi dua saf! Kecewa apabila pengunjung-pengunjung masjid adalah tourists yang bukan saudara kita! Kecewa masjid masjid besar semakin suram dan tidak dimakmurkan!


Kalaulah 60% ini adalah golongan yang faham Islam seperti 3% di Mekah. Namun begitu janji Allah itu pasti. Ya! Pasti akan sentiasa ada diantara hamba-hambanya yang akan bangun untuk membangunkan agama ini. Inilah yang dikatakan Taifah,

                                                                

Yes we ARE the TAIFAH!

"You want to buy baklava(manisan Turkey)?"

"Yes, I want for five Lira."

Ya Allah, banyak sungguh dia kasi. Hmm..ni dah macam 10 Lira.

"Its sedeqah." Sambil mengedarkan brochure dan CD Palestine.

"You can go upstair because we are doing some donation for Palestine"
Astragfirullah. Semenjak datang ke Turkey sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan berita di Palestine (Pasca GAZA). Inilah suasana yang dapat dilihat di kawansan Masjid Ayub, betapa mereka juga cuba mewujudkan suasana Islam.


Semester ini saya berjumpa dengan seorang sister. Hmm.. pelik. Pakaian dia dah berubah. Cara percakapan dia sudah berubah. Kata-katanya seolah-olah ada butir-butiran ayat-ayat Al Quran. Pemikirannya semakin mantap. Status diri pun sudah bertukar SINGLE. Seorang sister yang pernah saya pandang sinis  suatu masa dahulu. Ini bukan kali pertama , bukan juga yang kedua, ketiga,  entahlah kali ke berapa melihat perubahan diri seseorang.Subhanallah! Maha Suci Allah yang memegang hati-hati hambanya. 


Yaa muqallibal qulub tsabbit qulubana ala diinika
 Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


1.Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan


2. dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah


3.maka bertasbihlah dan mohonlah ampunan kepadaNYA, Sungguh Dia Maha Penerima Taubat


(An-Nasr:1-3)


Semenjak seminngu ini, berita kematian brother Arif sering menghantui saya. Alangkah cemburunya melihat brother Arif. Saya terfikir sebanyak manakah pengorbanan saya terhadap Islam? Sebanyak manakah saya betul-betul bekerja untuk Islam? Sungguh banyak nikmat yang Allah swt telah berikan, tetapi begitu sedikit pengorbanan diri ini. Mungkin diantara kita belum bersedia. 

Tetapi bagi orang yang sentiasa di dalam tazkiyatun nafs(menyucikan diri) dan berada di landasan yang benar,datanglah kematian pada bila-bila.Nescaya dia sentiasa bersedia. 


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.       Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yg banyak.

2.       Maka dirikanlah solat dan kerana Tuhanmu dan berkorbanlah

3.       Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah terputus.

 (Al –Kauthar 108:1-3)

Jadi fahami Islam dengan lebih luas sebagai tanda kesyukuran kita. Improve our quality .Tambahkan amalan dan taubat untuk menjaga hubungan kita dengan Allah swt dan manusia. Teringat kata-kata brother Abd Mustaqim dahulu:

"Masuk usrah dan tarbiyah ni kena jadi produktif. Tanda kita syukur kepada Tuhan kita."
Waallahualam. InsyaAllah diri ini akan sentiasa cuba untuk berusaha. Kerana setiap kata-kata ini akan diuji dan diminta pertimbangan di akhirat kelak. Kepada sister yang akan berjaulah , marilah kita melihat dunia ini dengan kaca mata Islam. Kepada semua sisters kita di Russia yang disayangi. Moga Allah mempermudahkan urusan antuna memandangkan ramai yg akan zacyot bulan ini.

Jazakhillahukhairan Kathira.








Sis Nabilah Abd Rahim

Moscow Russia