08/06/2010

Isu Boikot

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah. Segunung syukur pada Allah yang memberi kekuatan pada saya berkongsi sesuatu dengan sisters semua. Saya just nak share satu peristiwa yang pernah berlaku ketika saya berjumpa dengan seorang sahabat saya. Seorang sahabat yang amat saya cinta insyaAllah keranNya.

Tak ade ape yang menarik pun sebenarnya. Cuma ketika saya berjalan-jalan dengan sahabat saya ni tetiba saya ternampak dia telah membeli satu makanan yang jenamanya insyaAllah kita semua boikot. 'Eh, awak makan ni?' tanye saya. 'kenapa? Tak boleh makan ke?' tanye dia dengan muka confuse. 'tak' de la. Kan brand ni kene boikot.' Dia cuma tersenyum. 'Susahla nak boikot-boikot dok kat Negara orang ni. Semua tak boleh makan. Lagipun tak ade makanan alternative yang sedap macam yang ni.Awak je la boikot. Saya makan je. Tak kisah pon.' Saya terkedu. Seorang sahabat yang menjaga agamanya tapi satu bab ni kurang dititik beratkan. 'Cuba awak cakap kenapa kita kena boikot?' tanye sahabat saya ni bila saya cuma berdiam diri. Saya yang sedang kebuntuanni cuma dapat fikir satu jawapan ni je-'kita kene boikot untuk kepentingan umat Islam' dan perbualan kami mati di situ.

Amat sedih sekali saya rasa bila orang yang sangat dekat dengan saya bersikap begitu.Boikot. Ye boikot yang kita buat ni memang nampak sangat tak significant. Nampak seolah-olah tak ada apa-apa kesan pada pengeluar barang-barang berkenaan. Masih berjuta orang di luar sana yang tetap membeli barangan mereka.Tapi, itulah usaha kita.Usaha kita yang sangat kecil ini moga-moga dapat membantu saudara-saudara kita yang setiap hari menderita. Menderita akibat sikap kita yang acuh tak acuh terhadap mereka. Tanpa sedar kitalah penyumbang utama pada penderitaan mereka. Kita tak punya kekuaan untuk menentang musuh-mush Allah itu. Inilah sedikit usaha yang mampu kita lakukan. Semoga Allah mengira usaha kita yang sedikit ini. Semoga usaha yang kecil ini mampu membantu saudara-saudara kita untuk meneruskan kehidupan mereka. Jangan hanya memikirkan diri kita tanpa sedikit pun mengambil peduli tentang saudara seakidah kita yang setiap saat ditindas dan dibunuh hasil daripada investment yang kita lakukan.

Sungguh berdosa saya rasa setiap kali terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli barang-barang yang saya boikot tatkala adik-adik meminta. Teringin sangat nak terangkan pada mereka tapi mereka masih kecil. Tak mampu nak fahami situasi ummah ini. Tapi sahabat kamu sudah dewasa. Saya tak punya kekuatan untuk berbahas dengan kamu tentang hal ini. Saya tahu saya pasti kalah dengan hujah-hujahmu. Saya harap kamu akan terbaca tulisan ini. Dan cubalah selami betul-betul keadaan ummah hari ini. Kan pernah Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa iman kita tak akan sempurna sehinggalah kita mencintai saudara kita seperti kita cinta pada diri kita.Marilah kita sama-sama mencintaisaudara-saudara seislam kita di seluruh pelosok dunia. Tunjukkan pada mereka kita bersama mereka walaupun kita tak mampu berada di sana dengan mereka. Ayuh kita boikot setakat yang kita termampu. Bagi yang telah memboikot teruskan usaha itu. Semoga Allah mengurniakan ganjarannya pada kita dan memberikan kemenangan pada umat Islam. Allahuakbar!!

-HAMBA ALLAH-